Nuffnang ads

Mengenai Malaysia


Selamat datang diucapkan kepada anda semua. Blog ini akan memperincikan tentang apa sahaja berkaitan perlancungan di malaysia.


Malaysia ialah sebuah negara raja berperlembagaan persekutuan yang terletak di Asia Tenggara dan terdiri daripada tiga belas negeri dan

tiga wilayah persekutuan. Malaysia terbahagi kepada dua kawasan yang dipisahkan Laut China Selatan, iaitu Semenanjung Malaysia

yang terdiri daripada negeri Kelantan, Terengganu, Pahang,

Johor, Melaka, Negeri sembilan, Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Wilayah persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan

Kuala Lumpur dan Sabah, Serawak, Wilayah Persekutuan Labuan yang terletak di kepulauan Borneo. Malaysia bersempadan dengan

Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina. Kuala Lumpur adalah Ibu Negara Malaysia. Malaysia mempunyai keluasan

329,847 kilometer persegi dan berkepadatan seramai 28 juta orang.


Dengan penduduk yang berbilang kaum dan agama menjadikan malaysia sebuah negara yang unik untuk dilawati. Dengan

Keindahan alam Flora dan Fauna nya hinggalah kepada budaya dan adat resam yang diwakili oleh kaum masing-masing

membuatkan tiada mana-mana negara didunia yang seumpamanya.

Wednesday, December 15, 2010

hutan hujan tropika

     Kepentingan dan Kegunaan Hutan Hujan Tropika di Malaysia adalah Habitat semulajadi kepada pelbagai flora dan fauna dan sebagai tempat perlindungan semulajadi kepada orang asli.
     Terdapat banyak sumber bahan mentah yang mempunyai nilai-nilai perubatan dan dagangan sebagai pendapatan negara.
     Istilah hutan merujuk kepada suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Biasanya perkataan " hutan " merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Yang pertama, dirian pokok atau tumbuh-tumbuhan yang merupai pokok. Yang kedua, seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok. Yang ketiga, seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya.
     Hutan hujan dapat diistilahkan sebagai satu komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Lazimnya struktur hutan hujan terdiri daripada dua atau lebih peringkat pokok-pokok dan lantai hutan yang turut berinteraksi bentuk tumbuhan yang lain seperti pepanjat, palma dan episit.
     Hutan hujan tropika merupakan jenis-jenis pembentukan tumbuh-tumbuhan yang bebas serta turut ditentukan oleh faktor alam sekeliling selain daripada kelembapan.
   Pada masa kini kawasan-kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah diwakili oleh hutan hujan tropika ini selain daripada hutan hujan tropika di Afrika, Latin Amerika, Amerika Selatan, Indo-Australia dan Asia Selatan.
     Struktur hutan tanah rendah di Semenanjung Malaysia adalah satu profil yang berlapis. Lapisan-lapisan itu terdiri daripada lapisan atas yang, tengah, bawah dan renek. Pokok-pokok di lapisan atas membentuk kanopi dapat mencapai ketinggian 60 hingga 70m. Kebanyakan pokok-pokok ini adalah daripada famili Dipterocarpaceae dan Leguminosae. Diterocarpaceae sering dikaitkan dengan kumpulan pokok-pokok balak komercial di Malaysia seperti balau, cengal, kapur, keruing, meranti, merawan, mersawa dan seraya.
Lapisan silara utama iaitu lapisan tengah pula terdiri daripada tumbuh-tumbuhan berbagai famili yang tingginya antara 20 hingga 40m. Misalnya, kedondong, kandis, penarahan dan kelat. Di tingkat bawah pula, terdapat pokok-pokok kecil dan palma yang hidup subur di bawah silara tersebut. Kumpulan tumbuhan sementara bagi lapisan hutan tingkat bawah terdiri daripada anak-anak pokok dan pokok muda. Di lantai hutan pula terdapat anak-anak pokok, palma-palma kecil, tumbuhan renek dan herba.
     Hutan hujan tropika di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua kelas iaitu hutan-campuran ( mixed forest ) dan hutan dominan tunggal ( single-dominant forest ). Hutan campuran seperti hutan Dipterokarpa tanah pamah terdiri daripada berbagai famili tumbuhan manakala hutan dominan tunggal dapat dilihat pada jenis hutan dominan tunggal spesies kapur ( Dryobalanops aromatica ) seperti yang terdapat di Kanching, Selangor. Ia adalah campuran spesies yang berbeza-beza dari segi komposisi flora dan ia berubah mengikut habitat. Pengelasan jenis-jenis kawasan hutan di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan kepada komposisi tumbuh-tumbuhan yang dominan di habitat-habitat tertentu ( Lampiran 3 ). Selain itu, jenis-jenis hutan di Malaysia boleh dikelaskan berdasarkan kepada beberapa faktor lain seperti pengaruh iklim, tanah dan biotik.